Kurikulum Prasekolah di Malaysia

Walaupun terdapat berlainan entiti yang menguruskan pusat-pusat prasekolah, mereka menggunakan sistem kurikulum yang digunapakai Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)[6][7]. Dibawah Akta Pendidikan 1996, pendidikan prasekolah merupakan salah satu daripada cabang Sistem Pendidikan Kebangsaan, selain daripada pendidikan rendah, pendidikan menengah dan pendidikan prauniversiti.

Walau bagaimanapun, sistem kurikulum ini tidak diwajibkan kepada pusat prasekolah antarabangsa atau ekspatriat. KSPK pula mula digunapakai di kesemua institusi prasekolah bermula pada tahun 2010, menggantikan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) kemudian disemak kembali dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Semakan 2017) diterbitkan[8]. Dalam semakan ini, penekanan kepada Kemahiran Abad Ke-21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diperlukan dan mengikut kesesuaian murid-murid.

Selain itu, Semakan 2017 juga memberi penekanan terhadap pendedahan kanak-kanak kepada bahasa Inggeris secara praktikal[9], di mana guru-guru akan menyediakan aktiviti yang bersesuaian dan menyeronokkan, di samping menggalakkan murid-murid bertutur dalam bahasa Inggeris. Berbanding Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003, KSPK memperuntukan masa pembelajaran dan pengajaran dalam bahasa Inggeris yang lebih lama.

Di bawah pelaksanaan KSPK, terdapat dua jenis modul yang digunakan, iaitu Modul Asas dan Modul Bertema[10]. Modul Asas merangkumi pembelajaran asas kepada komponen bahasa (bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil), pendidikan Islam dan Moral, serta Matematik dan Permainan Luar[10]. Modul Bertema pula merupakan aktiviti yang dilakukan berdasarkan kepada pembelajaran dalam Modul Asas yang meliputi isu kehidupan seharian murid-murid.

Kerangka Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan digubal berdasarkan kepada enam tunjang seperti di bawah.

TunjangMaksudDisiplin
KomunikasiKemahiran berbahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.Bahasa Melayu - wajib kepada semua murid prasekolah
Bahasa Cina dan Tamil - wajib kepada murid prasekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil
Kerohanian, Sikap dan NilaiMemberi keutamaan kepada aspek penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.Pendidikan Islam - wajib kepada murid yang beragama Islam
Pendidikan Moral - wajib kepada murid bukan beragama Islam.
KemanusiaanPenguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.
Keterampilan DiriPerkembangan sosioemosi dan pembinaan kemahiran berinteraksi serta kemahiran sosial dalam kalangan murid.Aktiviti kokurikulum
Perkembangan Fizikal dan EstetikaPerkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri serta pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi terhadap karya seni dalam kalangan murid.Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Kreativiti dan Estetika
Sains dan TeknologiPengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik; serta pengetahuan dan kemahiran matematik.Sains Awal
Matematik Awal